Assalamualaikum.
Kami dari pihak BA memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan e-FIKRAH VOL. 1 ini.
“MEDIUM OUR INFORMATION”
TOKOH PEJUANG ISLAM
AlFadhil Ustaz Fathi Yakan, Ketua جبهة العمل الاسلامي (Pakatan Amal Islami) di Lubnan, mantan ahli parlimen Lubnan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun 2009(1933 – 2009) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 H, pada usia 76 tahun disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin buruk. Syeikh Fathi Yakan lahir di Tripoli (Tarablus) pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula beliau dimakamkan. Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University.
Dr. Fathi Yakan ialah ulama’ dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, yang jelas kelihatan semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Antara buku-buku beliau yang juga menjadi rujukan para aktivis ialah Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Daie, Yang Berjatuhan di Jalan Da’wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.Kitab karangannya yang tersohor pula, Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan Madzâ Ya’nî Intimâ`i lil Islâm) menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah.
Semoga Allah membalas segala amal Syeikh Fathi Yakan.
Al-Fatihah…
p/s : Perlukan sedikit masa untuk mengekses data ini. Segala kesulitan amatlah dikesali