Biro Akademik PERMATA 09/10 telah mengadakan sebuah program khas buat pelajar Mu’tah yang ingin memperkukuhkan Bahasa Arab sebagai bahasa Syurga iaitu Daurah Matan Nahu Dan Sorof. Daurah ini telah berlangsung pada 24 &25 Januari 2010 bertempat di PUSkMA bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 malam.Yuran pendaftaran hanya JD3 sahaja.Setiap peserta telah disediakan makanan,kitab matan beserta hand out . Kami pihak Biro Akademik juga telah mengundang seorang penceramah hebat berkelulusan PhD dari Jamiah Urduniah,Amman iaitu Ustazah Hasliza Binti Mat Yusoff.
Daurah Matan Nahu Dan Sorof pada kali ini bertemakan ‘Bahasa Arab Dipelajari,Al-Quran Dihayati’
Objektif program ini diadakan antaranya adalah:
Antara perkara penting yang terdapat sepanjang Daurah Matan Nahu & Sorof ini berlangsung ialah:
1.Tahlil syair dan surah Al-Quran mengikut kaedah Nahu.
2.Peserta dapat berbincang dan memahami segala permasalahan dalam pembelajaran Nahu.
3.I`rob ayat-ayat al-Quran dan Jumlah dengan cara yang mudah untuk difahami.
Secara keseluruhannya,program Daurah Matan Nahu & Sorof ini berjalan dengan lancar.Walaupun sepanjang program terdapat byk permasalahan seperti ketiadaan eletrik,cuaca yang sejuk,namun program ini masih mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan peserta.Moga-moga program ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada semua mahasiswa & mahasiswi Mu`tah.
“BAHASA ARAB DIPELAJARI , AL-QURAN DIHAYATI.”
“ALANGKAH RUGINYA KITA JIKA GAGAL MENGUASAI ILMU ALAT BAHASA ARAB SESUDAH KITA DATANG
KE TANAH ARAB”
ASSITS GOOD verson may ALLOH give you bounty nahwu and shorof is knowlage for we.